Info Putra Heights 2016

Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya, tq wan zack

PEMAIN sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor seakan-akan sudah sinonim dengan masalah kecederaan.Selepas tersisih ketika skuad Harimau Muda merangkul pingat emas temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta, Indonesia, Wan Zack sekali lagi terpaksa melupakan hasrat membantu Harimau Malaya mara lebih jauh pada kempen Piala Suzuki AFF tahun lalu.
 
Kali ini, skrip yang sama juga menimpa Wan Zack apabila mengalami kecederaan lutut kiri, sekali gus terpaksa diketepikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ketika berdepan Qatar dalam aksi pembuka tirai Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha malam ini.
Begitupun, Wan Zack enggan menjadikan insiden sedemikian mematahkan semangatnya untuk terus cemerlang dalam bola sepak.
 
"Sudah tentu saya kecewa apabila sekali lagi terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan.
"Justeru, saya berdoa supaya rakan-rakan dapat memberikan yang terbaik biarpun Qatar bukan lawan yang mudah," katanya kepada Kosmo!.
Selain Wan Zack, antara tonggak Harimau Malaya yang turut dilanda musibah kecederaan termasuklah Mohd. Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, K. Gurusamy dan Amar Rohidan.
Kapten pasukan, Safiq Rahim pula terpaksa diketepikan gara-gara menjalani hukuman penggantungan perlawanan.
 
Dalam pada itu, Wan Zack mengakui yang dia kini sudah cukup bersedia sebelum menyertai kelab Jepun, FC Ryukyu, April depan.
"Saya harap lutut kiri saya sempat pulih sebelum ke Jepun nanti," katanya yang akan turut disertai rakan sepasukan daripada Harimau Muda, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.

0 Komentar untuk "Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya, tq wan zack"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top