Info Putra Heights 2016

BRIM 2.0 tutup 15 Mac ( bujang rm250, kahwin rm500 )

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan.
 
"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.
Ahmad Husni berkata, kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan diterima

0 Komentar untuk "BRIM 2.0 tutup 15 Mac ( bujang rm250, kahwin rm500 )"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top