Info Putra Heights 2016

Beckham buat kemunculan sulung bersama PSG

PARIS: David Beckham meraikan kemunculan sulungnya bersama kelab Paris Saint-Germain dengan mencipta peluang untuk gol kedua ketika pendahulu Liga Perancis itu menundukkan musuh ketat, Marseille 2-0 pada perlawanan, pagi tadi.

Bekas kapten England berusia 37 tahun itu dimasukkan pada minit ke-76 pada perlawanan sengit dan pada minit-minit akhir perlawanan, gerakan kaki cantik di luar kotak penalti memperdaya pemain lawan dan hantaran sampai ke kaki penyerang Zlatan Ibrahimovic untuk gol ke-22 peribadi musim ini.
"Pengurus suruh saya masuk dan rampas bola. Memang sedikit tekanan malam ini tapi saya gembira. Saya tahu bila datang ke sini, saya tidak akan jadi kesebelasan utama dan itu adalah cara yang perlu saya fikirkan buat seketika," katanya.
0 Komentar untuk "Beckham buat kemunculan sulung bersama PSG"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top