Info Putra Heights 2016

Amah jadi jutawan di Arab Saudi, miliki kekayaan suami

JAKARTA 4 Feb. - Bagaikan bermimpi, daripada seorang amah, nasib seorang wanita Indonesia yang mencari rezeki di Arab Saudi kini berubah menjadi jutawan.Semuanya berlaku selepas beliau mewarisi kekayaan sebanyak 110 juta Riyal (RM90 juta) peninggalan arwah suaminya yang sebelum itu merupakan majikannya.
 
Tanpa mendedahkan nama wanita itu, sebuah akhbar di Arab Saudi, Almadinah melaporkan kekayaan itu diwarisi wanita Indonesia itu berdasarkan agihan mengikut hukum Syariah serta wasiat yang ditulis suaminya, Ali Ayami.
Akhbar berbahasa Arab itu turut melaporkan, amah Indonesia itu sudah lama bekerja dengan majikannya itu, sebelum mereka bernikah.
 
Laporan mengenai kekayaan yang diwarisi amah itu dimuatkan dalam akhbar Almadinah edisi 13 Disember lalu.
Agensi berita Indonesia, Antara yang memetik laporan akhbar berkenaan berkata, pada mulanya wanita itu menerima 20 juta Riyal (RM16.5 juta) sebaik-baik suaminya meninggal dunia.

0 Komentar untuk "Amah jadi jutawan di Arab Saudi, miliki kekayaan suami"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top