Info Putra Heights 2016

William Yau Zhen Zhong 6 Tahun Hilang Di Putra Heights

Ganjaran 20 ribu ringgit akan diberikan kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga membawa kepada penemuan semula kanak-kanak berusia enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang hilang sejak Rabu lalu.Bagaimanapun tegas Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, ganjaran itu tidak termasuk kepada pihak yang kini menyimpan kanak-kanak itu bagi tujuan mendapatkan wang tebusan.

Kelab Kehormat Rela Wilayah Persekutuan menyumbangkan 10 ribu ringgit manakala syarikat Kumpulan KK dan keluarga mangsa masing-masing menyumbangkan lima ribu ringgit.

Ribuan cetakan tertera gambar kanak-kanak itu sudah diedarkan di sekitar Lembah Klang.

William Yau dilaporkan hilang di Putra Heights, Subang Jaya.

Mangsa yang ditinggalkan bersama dua beradiknya di dalam kereta, dikatakan keluar mencari ibu bapanya di dalam sebuah kedai elektrik, namun gagal dikesan sejak itu.
0 Komentar untuk "William Yau Zhen Zhong 6 Tahun Hilang Di Putra Heights"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top