Info Putra Heights 2016

Wanita perlu sopan bonceng motosikal

Jakarta: Kumpulan hak asasi membantah tindakan kerajaan Aceh melarang wanita membonceng motosikal secara mengangkang seperti penunggang depan.Cara itu disifatkan pihak berkuasa tempatan sebagai kedudukan tidak sopan, menurut satu undang-undang baru yang dikuatkuasakan sejak kelmarin. Datuk Bandar Lhokseumawe, Suaidi Yahya menyiarkan satu surat menerangkan supaya wanita membonceng motosikal secara sisi bagi mengelak sebarang perbuatan tidak bermoral.

Wanita dewasa yang menunggang motosikal tidak sepatutnya duduk secara mengangkang kecuali dalam keadaan kecemasan, kata Suaidi sambil menambah larangan terbabit membabitkan penunggang wanita.

Pihak berkuasa menerangkan minggu lalu bahawa wanita yang duduk membonceng motosikal secara mengangkang boleh mengganggu penunggang lelaki dan bertentangan dengan undang-undang Islam.

Surat terbabit juga mempertimbangkan larangan supaya wanita dan lelaki tidak boleh berpelukan atau berpegangan tangan ketika menaiki kenderaan selain dilarang mengenakan pakaian ketat di khalayak umum.

Langkah berkenaan dibuat selepas pemimpin Aceh merangka satu siri rang undang-undang baru, termasuk melarang wanita mengenakan seluar ketat, merejam pesalah zina dan menyebat golongan homoseksual.
Aktivis hak asasi wanita tempatan menolak rancangan larangan terbabit kerana ia dianggap mengabaikan prinsip keselamatan ketika menunggang, kata Roslina Rasyid daripada Persatuan Wanita Bagi Bantuan Keadilan Indonesia di Lhokseumawe.

Duduk mengikut penunggang di depan adalah lebih selamat, katanya.
AFP
0 Komentar untuk "Wanita perlu sopan bonceng motosikal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top