Info Putra Heights 2016

Tudung Abu Dhabi ikut peredaran masa

BEBERAPA pelanggan mengakui terpanggil untuk terus bertudung selepas mencuba tudung keluaran Tudung Abu Dhabi. Ini diceritakan sendiri oleh pemiliknya, Rosniza Abdul Raoff, yang bersyukur kerana rekaannya telah menambat hati para gadis yang tidak bertudung untuk memakai hijab.
"Tudung Abu Dhabi adalah tudung yang direka mengikut kehendak semasa. Kebanyakan rekaan adalah mengikut peredaran masa kini.
 
"Buat masa ini banyak juga permintaan tudung yang menggunakan kain renda memang mendapat tempat di hati peminat tudung," jelas Rosniza yang ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Rosniza, tudung keluarannya sangat praktikal, paling tinggi permintaan terhadap tudung berpotongan hoodie kerana ia menampilkan gaya Muslimah kontemporari.
"Bagi Tudung Abu Dhabi, satu corak saya keluarkan pelbagai warna, malah warna gabungan juga mengambil kira cita rasa peminat tudung supaya mereka mendapat lebih banyak pilihan.
"Jika pelanggan mahu menempah juga kami terima dan proses tempahan hingga siap mengambil masa selama tiga hingga lima hari sahaja.
 
"Kami juga menjahit manik pada tudung dan boleh dikatakan identiti Tudung Abu Dhabi adalah bergaya, ringkas dan mengikut trend.
"Walau moden, ia masih memenuhi tuntutan syariat," ujar Rosniza yang mempunyai pelanggan setia sejauh Australia, Amerika Syarikat, London dan Asia Barat.
Selain menjual tudung, Rosniza turut mengajar pelanggan cara menggayakan tudung keluarannya.
Tudung Abu Dhabi turut menjadi tudung penaja kepada drama Sehangat Asmara lakonan Rita Rudaini dan menaja tudung dipakai Datuk Siti Nurhaliza dalam satu rancangan di stesen penyiaran Astro, tahun ini.

0 Komentar untuk "Tudung Abu Dhabi ikut peredaran masa"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top