Info Putra Heights 2016

Teh tiga layer memang ada ummph!

AIR teh pasti mempunyai penggemarnya yang tersendiri sehingga ada dalam kalangan kita berasa lemah selagi tidak menghirup secawan teh segar yang enak diminum panas mahupun sejuk.
Selain rasanya yang lazat, kandungan mineral dalam teh banyak kegunaannya dari sudut kecantikan dan kesihatan. Contohnya uncang teh mampu membuatkan mata berasa segar dengan menyejukkan uncang tersebut di dalam peti sejuk dan letakkannya di kelopak mata selama 10 minit.
Rasa sejuk uncang teh itu pastinya menyegarkan mata kamu serta-merta.
 
Selain itu, teh mempunyai 1,001 khasiat yang ramai tidak ketahui seperti phytochemicals yang berfungsi untuk membantu tubuh menentang serangan kanser, mengekalkan tahap kolestrol dalam darah, meningkatkan imunisasi tubuh untuk melawan penyakit, antioksida dan fluorida.
Menyedari khasiat tersebut, tidak hairanlah mengapa minuman ini amat digemari ramai sehingga di Malaysia,
teh tarik dijadikan antara
sajian minum petang yang utama.
 
Bagi mereka yang inginkan kelainan, apa kata kamu cuba teh tiga layer yang dipaparkan pada minggu ini. Selamat mencuba.

 
0 Komentar untuk "Teh tiga layer memang ada ummph!"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top