Info Putra Heights 2016

Stereng bas tertanggal

Kuala Terengganu: Seorang pemandu bas sekolah membawa 30 pelajar berdepan detik cemas apabila stereng kenderaannya tertanggal menyebabkan ia gagal dikawal hingga merempuh sebuah kereta di Kampung Tok Dir, di sini, semalam.
Pemandu terbabit Mohd Imran ordin, 25, berkata, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, stereng bas milik bapanya tiba-tiba tertanggal menyebabkan dia segera menekan brek bagi menghentikan kenderaan berkenaan.

"Namun, bas tetap bergerak dan merempuh sebuah kereta diletak di hadapan sebuah rumah di tepi jalan," katanya.
Dia, bagaimanapun, bersyukur kerana semua pelajar dalam basnya selamat.
0 Komentar untuk "Stereng bas tertanggal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top