Info Putra Heights 2016

Piala Malaysia - Stadium baru jika menang tiga piala

Nilai: Jika menang tiga piala musim ini, skuad Kelantan dijanjikan ganjaran paling mahal - sebuah stadium baru menggantikan Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1967 dengan kapasiti hanya 30,000 orang.

Pertambahan jumlah kehadiran penonton serta masalah kesesakan tempat duduk dan tempat letak kenderaan jelas memerlukan perhatian segera pihak tertentu.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menjanjikan perubahan kepada penyokong The Red Warrior (TRW) dan bersedia membantu mendapatkan sebuah stadium di negeri itu.


"Apabila ada perlawanan, penyokong yang hadir melebihi kapasiti stadium dan terpaksa berasak-asak, terpaksa berjalan jauh. Sebelum ini ada yang kata hendak bina stadium tetapi sehingga kini belum nampak lagi.

"Jika TRW menang tiga piala tahun ini, kita boleh tolong untuk mendapatkan stadium baru di Kelantan," katanya berucap di hadapan Kelab Penyokong The Red Warrior (TRW) KLIA di Dataran Doraymee, semalam.

Mustafa berkata, transformasi yang dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah berjaya merubah wajah TRW daripada 'zero' kepada hero termasuk kini mempunyai lebih 30 kelab penyokong
0 Komentar untuk "Piala Malaysia - Stadium baru jika menang tiga piala"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top