Info Putra Heights 2016

Pemain Malaysia perlukan ejen

Kuala Lumpur: Kontroversi perpindahan bekas penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim (DT) tidak akan berlaku sekiranya pemain profesional tempatan faham peraturan ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
"Mungkin mereka malas hendak baca sekali gus tidak tahu peraturan yang terkandung dalam buku panduan dan kontrak.

Dalam isu Norshahrul Idlan, apa yang diputuskan FAM cukup jelas mengikut peraturan dan kontrak, tetapi yang menjadi persoalan bagaimana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) boleh menandatangani surat pelepasan jika jumlah penebusan kontrak tidak dipersetujui kedua-dua pihak?" Faisal Zakariah, Pengarah Hak Kesukanan Football Management International
"Jadi untuk mengatasi masalah itu, dapatkan khidmat ejen pemain atau peguam yang memahami senario bola sepak," kata Pengarah Hak Kesukanan Football Management International, Faisal Zakariah.

Tak faham kontrak

Faisal yang turut menjadi pengurus peribadi Ahmad Fakri Saarani - pemain tempatan kedua berhijrah ke kelab Portugal, Atletico SC selepas Nazmi Faiz Mansor menyertai SC Beira-Mar - berkata, ramai pemain profesional tempatan masih buta mengenai peraturan perpindahan dan kontrak.

"Dalam isu Norshahrul Idlan, apa yang diputuskan FAM cukup jelas mengikut peraturan dan kontrak, tetapi yang menjadi persoalan bagaimana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) boleh menandatangani surat pelepasan jika jumlah penebusan kontrak tidak dipersetujui kedua-dua pihak.
"Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini, kemungkinan KAFA mahu menyembunyikan sesuatu bagi pihak pemain." katanya yang turut menganggotai Jawatankuasa Pertandingan FAM.

'Sudah tiba masa pemain bersikap profesional'

Beliau mengulas laporan BH Sukan, kelmarin mengenai KAFA akan tetap membuat tuntutan hutang daripada Mat Yo walaupun pemain itu sudah melunaskan bayaran tebus kontrak sebanyak RM299,000 kepada persatuan itu, baru-baru ini.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya akan menyerahkan kepada peguam yang dilantik untuk menuntut hutang daripada pemain itu.
Faisal berkata, sudah tiba masanya pemain tempatan bersikap lebih profesional dan prihatin dengan soal kontrak.

"Sebelum ini, kerap terjadi kes membabitkan pemain menandatangani kontrak bersama kelab baru walaupun masih terikat dengan majikan lama, dan apabila terperangkap, mula meminta simpati media dan peminat.

"Dalam soal peraturan, tidak ada istilah simpati. Peraturan mesti dipatuhi dan sebagai pemain, mereka mesti mendalami secara terperinci isi kandungan kontrak selain memahami setiap peraturan sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Beliau berkata, biasanya dalam kes antara majikan dan pekerja, situasi lebih berpihak kepada pekerja.

"Namun dalam soal kontrak bola sepak, jika pemain mahu menamatkan kontrak tanpa alasan munasabah, majikan mempunyai hak untuk menuntut tebus kontrak dengan jumlah sewajarnya," katanya.

Dalam perkembangan lain Faisal berkata, Fakri bakal beraksi buat pertama kali bersama kelab barunya hari ini bergantung kepada kesediaan pemain itu untuk bermain dalam cuaca sejuk.

"Fakri sudah disenaraikan dalam skuad untuk perlawanan esok (hari ini), tetapi masalah utama yang dihadapinya sejak tiba di sini ialah menyesuaikan diri dengan suhu sekitar 3 darjah Celcius.

"Jika dia bersedia menangani situasi itu, dia mungkin dapat beraksi penuh 90 minit," katanya.
0 Komentar untuk "Pemain Malaysia perlukan ejen"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top