Info Putra Heights 2016

Muhyiddin lawat sesi baru persekolahan di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan lawatan sempena pembukaan sesi persekolahan 2013 di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua, di sini.

Dalam lawatan selama 40 minit itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meninjau suasana di dalam kelas dan bermesra dengan murid peringkat pra sekolah hingga Tahun 6.
Turut mengiringi lawatan itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Ros Aini Che Man.

Ros Aini berkata, Timbalan Perdana Menteri berpuas hati dengan keadaan pembelajaran di sekolah yang menggunakan modul kurikulum KSSR yang sudah memasuki tahun ketiga.
 
p/s: Pn Aini jangan garang-garang ya.
0 Komentar untuk "Muhyiddin lawat sesi baru persekolahan di Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top