Info Putra Heights 2016

Misi berdarah Black Hawk Down

KISAH tentang keperwiraan perajurit tanah air yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 bukan lagi rahsia.Dalam operasi itu, mereka sanggup menyabung nyawa demi menyelamatkan tentera elit Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di tengah-tengah serangan menggila militia di Pasar Bakara, Somalia.
 
Meskipun hakikat itu seakan cuba ditutup dengan penerbitan filem Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, namun nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap mekar dalam dunia ketenteraan sehingga kerap terpilih menjalankan misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di negara-negara bergolak.
Peristiwa hitam itu kini sudah hampir 20 tahun berlalu. Namun bagi mereka yang berada dalam situasi genting itu, pengalaman tersebut tidak mungkin luput dalam ingatan.
 
Kehilangan sahabat seperjuangan, kecederaan yang dialami, kepantasan merancang operasi dalam situasi terdesak, selain keadaan muka bumi yang jauh berbeza berbanding tanah air, semuanya terpahat rapi dalam sanubari para perwira negara terbabit.
Bagi mengimbau semula tragedi berdarah bersejarah itu, wartawan S2, MOHD. RAFIE AZIMI, OPAT RATTANACHOT dan AZMAN MD. NOOR bersama jurugambar, MOHD. NOOR MAT AMIN, AZMAN ASMAYATIM menjejak beberapa individu terlibat agar kisah pengorbanan mereka tidak terpadam daripada senarai kebanggaan rakyat Malaysia.

0 Komentar untuk "Misi berdarah Black Hawk Down"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top