Info Putra Heights 2016

Liga Malaysia 2013 - Khairul Fahmi 'bersuara' TRW mampu atasi PKNS

Kota Bharu: Penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yakin The Red Warriors (TRW) mampu mempamerkan aksi terbaik sekali gus mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama Liga Super menentang Selangor PKNS di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Penjaga gawang kebangsaan berusia 24 tahun itu mengakui kekecewaan gagal memenangi perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah Sabtu lalu mampu memberikan semangat baru kepada TRW untuk memulakan kempen dengan langkah kanan.
Dia juga tidak sabar untuk turun beraksi buat kali pertama bersama TRW bagi musim ini selepas tidak dapat beraksi ketika perlawanan sumbangsih kerana majlis persandingannya.


Saya yakin dengan semangat yang ada pada pemain TRW, kami dapat mengutip tiga mata penuh terutama apabila beraksi di tempat sendiri. Kita hanya perlu fokus kepada perlawanan seterusnya yang lebih sukar.

Kegagalan perlu dijadikan pembakar semangat mencipta kejayaan, katanya.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak pula meminta pemainnya segera melupakan rekod gemilang musim lalu, sebaliknya perlu bermula kosong untuk mengelak tekanan.
0 Komentar untuk "Liga Malaysia 2013 - Khairul Fahmi 'bersuara' TRW mampu atasi PKNS"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top