Info Putra Heights 2016

Kuasa menteri batalkan perjanjian air

KUANTAN 14 Jan. - Keputusan membatalkan perjanjian bekalan air mentah dari negeri ini ke Selangor hanya akan diputuskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, berdasarkan perjanjian tersebut, hanya menteri berkenaan yang berhak memutuskan sama ada Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diteruskan atau tidak.
 
"Kerajaan negeri secara dasarnya tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenai perjanjian tersebut kerana semuanya terserah kepada menteri.
"Bagaimanapun, harga yang ditawarkan Pahang iaitu 10 sen bagi setiap satu meter persegi itu mungkin dinaikkan jika kerajaan Selangor masih berdolak-dalik kerana di dalam perjanjian harga yang ditawarkan boleh dinaikkan lima tahun sekali," katanya.

0 Komentar untuk "Kuasa menteri batalkan perjanjian air"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top