Info Putra Heights 2016

Kuala Lumpur: Pendekatan berbeza diambil skuad Malaysia dan Frenz United Malaysia (FUFA) apabila kedua-dua wakil negara itu bakal bertembung pada aksi penentuan tempat ketiga kejohanan bola sepak Piala Antarabangsa Frenz 2012 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, petang ini.

Jurulatih skuad B-15 Malaysia, S Balachandran membayangkan untuk menurunkan skuad kedua memandangkan terdapat beberapa tonggak utama keletihan selepas mengharungi kesemua empat perlawanan dalam seminggu.
"Kami menyertai kejohanan ini pun sebagai medan pendedahan kepada pemain. Jadi pemain yang keletihan akan direhatkan untuk memberi peluang pula kepada pemain simpanan menunjukkan aksi mereka.

 
Kami menyertai kejohanan ini pun sebagai medan pendedahan kepada pemain," S Balachandran, Jurulatih B-15 Malaysia

"Kami akan lebih bersedia untuk beraksi di pentas lebih tinggi selepas ini," kata Balachandran pada sidang media, petang semalam.

Sementara itu, jurulatih FUFA, Mat Dinos Talib yang akan menurunkan barisan terkuat, petang ini berkata: "Saya akan sediakan barisan terbaik menghadapi skuad B-15 Malaysia kali ini. Jika FUFA mencatat keputusan baik, pastinya ia satu perkembangan baik untuk bola sepak negara."
0 Komentar untuk " "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top