Info Putra Heights 2016

Ibu bapa William Yau diminta buat pengecaman

KLANG: Polis memanggil ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, untuk pengecaman mayat budak yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, malam ini.Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying diminta hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak terbabit.
Mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun itu ditemui seorang lelaki tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, kira-kira jam 7.15 malam tadi.

William memakai kemeja-T warna kuning ketika dia hilang dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya, kesan akibat terjatuh.

Pada 16 lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.
0 Komentar untuk "Ibu bapa William Yau diminta buat pengecaman"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top