Info Putra Heights 2016

Had Muflis DiNaikkan RM50,000

Kuala Lumpur, 10 Mei - Had minimum jumlah hutang yang gagal dibayar bagi membolehkan petisyen kebankrapan dibuat bakal ditingkatkan daripada RM30,000.00 ke RM50,000.00.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan melalui Jabatan Insolvensi sedang berusaha memperbaharui perundangan berkaitan insolvensi sedia ada termasuk meningkatkan had minimum jumlah hutang gagal dibayar yang membolehkan petisyen kebankrapan dibuat.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal DatukSyed Ibrahim Kader dan Datuk Boon Som Inong yang membangkitkan isu kebankrapan di sidang Dewan Negara semalam.
Berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysiabagi tempoh lima tahun dari 2007 hingga Mac 2012 telah menguruskan sebanyak 85,175 kes kebankrapan.
0 Komentar untuk "Had Muflis DiNaikkan RM50,000 "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top