Info Putra Heights 2016

Gempar tong kimia tumpah

Shah Alam: Pengguna Lebuh Raya KESAS, berhampiran kilang PROTON, Shah Alam, gempar apabila tiga tong berisi bahan kimia berbahaya digunakan sebagai pengawet, tumpah dalam kejadian jam 11.30 pagi semalam.

Berikutan itu, 23 anggota Bomba dan Penyelamat termasuk 15 daripada unit HAZMAT Kuala Lumpur dan Shah Alam, dikejarkan ke lokasi bagi membersihkan tumpahan.
Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih sejam.


Komander Operasi, Mohd Fadil Husin, berkata anggota HAZMAT ditugaskan mengawasi proses menaikkan semula tong bahan kimia itu dan mengambil masa sejam membersihkan tumpahan.
0 Komentar untuk "Gempar tong kimia tumpah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top