Info Putra Heights 2016

Gambar Dan Detik-detik Kanak-kanak 6 tahun hilang di Putra Heights

PETALING JAYA: Setiap kali telefon berdering di bengkel motosikal mereka di Subang Jaya, Encik Yau Kok Kang dan isterinya, Cik Goh Ying Ying, berdoa agar ia merupakan seseorang yang mempunyai berita baik mengenai anak lelaki mereka yang berusia enam tahun, William Yau Zhen Zhong, yang hilang sejak Rabu lalu.Encik Yau, 32 tahun, dengan sebak berkata:"Saya harap dapat kembalikan waktu sebelum ini. Saya tanggung semua kesilapan."Beliau mengimbas kembali mengenai hari tersebut yang bermula dengan kegembiraan dan bertukar menjadi satu mimpi ngeri.Mereka sekeluarga seramai lima orang menikmati makan malam di Puchong bagi meraikan anak sulung mereka, Eric, yang berusia tujuh tahun kerana dipilih sebagai ketua kelas.
Detik-detik kejadian
Dalam perjalanan pulang ke rumah, pasangan itu berhenti di kedai elektrik di Putera Heights di sini untuk meninjau beberapa mesin basuh.Mereka mengunci anak-anak mereka, termasuk Cindy yang berusia setahun, dalam kereta sambil membiarkan tingkap kereta terbuka.
Apabila mereka kembali semula kira-kira 15 minit kemudian, William tidak kelihatan.Menurut Encik Yau, William telah pergi mencari ibu bapa mereka kerana Cindy mula menangis tanpa henti.Cik Goh, 26 tahun, berkata beliau biasanya tidak pernah meninggalkan anak-anak mereka bersendirian di dalam kereta.

Mencari anak di longkang-longkag
"Ia hanya sekali kerana kami tahu kami akan cepat," katanya yang ditukil mStar Online.
Cik Goh berkata beliau bergegas kembali masuk ke dalam kedai bagi mencari William dan menjerit namanya tetapi anaknya tidak ada di sana.Selepas membuat laporan polis, pasangan itu dan keluarganya bersama jiran-jiran dan rakan-rakan telah keluar mencari William di kawasan sekitar, malah di longkang-longkang dan tempat pembuangan sampah.
Mula tersebar selepas di hebahkan di Facebook
Berita mengenai kehilangan William tersebar di Internet selepas Cik Goh menyiarkan gambar anak lelakinya itu di Facebook pada malam Rabu.Encik Yau, yang kelihatan penat dan tertekan, berkata beliau suami isteri menerima mesej berbaur marah, mengkritik mereka kerana meninggalkan anak-anak bersendirian di dalam kereta."Jika anda mempunyai anak lelaki saya, tolong kembalikan dia kepada kami. Kami bersedia berunding, kami hanya mahu anak lelaki kami semula," katanya.

update: 28/01/2013
Laporan awal DNA sahkan mayat William
KUALA LUMPUR: Laporan awal ujian 'deoxyribonucleic acid' (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang pada 24 Jan lalu adalah William Yau Zhen Zhong.
Ini dinyatakan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Bin Ramli pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, hari ini.
"Laporan (itu mengesahkan) mayat itu adalah William," katanya.

William, 6, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Pada 24 Jan, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang oleh seorang nelayan pada 6.30 petang, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

Proses bedah siasat yang dilakukan pada 25 Jan bagaimanapun gagal mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu kerana keadaan mayat dan organ dalaman yang reput. Kanak-kanak itu disahkan telah mati kira-kira seminggu ditemui.

Pada hari sama, ibu bapa William mengesahkan mayat kanak-kanak itu sebagai anak mereka berdasarkan penemuan dua parut di belakang kepala dan satu di dahi mangsa, selain penemuan seluar dalam milik William yang dipakai kanak-kanak itu.

Pada ketika itu, siasatan awal polis mendapati mayat kanak-kanak itu 75 peratus menyerupai William.

Mayat William Yau dituntut keluarga

Klang: Mayat William Yau Zhen Zhong dituntut keluarganya dari rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi tadi.
Ibu bapa kanak-kanak itu kelihatan di hospital berkenaan dalam keadaan tenang tetapi tidak dapat mengawal perasaan ketika mereka 'memanggil semangat' anak mereka untuk mengikuti mereka.
Ibu William yang memakai baju berwarna hitam dan seluar pendek warna putih, membawa patung yang bertulis nama anaknya dan sebatang gaharu, manakala bapa kanak-kanak itu memegang bahu isterinya sambil memasuki rumah mayat berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi.

Difahamkan, mayat William akan dibawa ke Bukit Jelutong, Melaka untuk upacara pengkebumian kira-kira jam 2 petang ini.

Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak itu menjalankan upacara ringkas di Jeti Sungai Sireh sebelum menuntut mayat anak mereka.
0 Komentar untuk "Gambar Dan Detik-detik Kanak-kanak 6 tahun hilang di Putra Heights"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top