Info Putra Heights 2016

Frenz United Malaysia lebih hebat dari B15 Malaysia

Kelana Jaya: Akhmar Haiqal Azhar muncul wira Frenz United Malaysia apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya meraih tempat ketiga Piala Antarabangsa Frenz selepas menewaskan skuad bawah 15 Malaysia 2-1 di Stadium MBPJ petang semalam.

Kempunan beraksi di pentas final, kedua-dua pasukan berusaha keras menamatkan kejohanan yang julung kali diadakan itu dalam kelompok terbaik dan dua gol kapten Frenz United itu menjadi pemisah antara dua wakil tempatan berkenaan.
Selepas terikat tanpa jaringan pada babak pertama, skuad kendalian Mat Dinos Talib memecah kebuntuan pada minit ke-58 apabila Akhmar merembat kencang umpanan Hafizuddin Zuki.


Bawa pulang RM45,682

Anak buah S Balachandran cuba bangkit menyamakan kedudukan menerusi beberapa percubaan, tetapi Frenz United memastikan kemenangan apabila Akhmar sekali lagi membolosi gawang negara hasil tandukan padu sembilan minit sebelum tamat permainan.

Frenz United membawa pulang AS$15,000 (RM45,682) manakala Malaysia B-15 AS$10,000 (RM30,455).
0 Komentar untuk "Frenz United Malaysia lebih hebat dari B15 Malaysia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top