Info Putra Heights 2016

Chevrolet Captiva menang anugerah

Chevrolet Captiva VCDI memenangi anugerah Nilai Bagi Wang Kenderaan Sports Utiliti (SUV)/Cros-sover pada Majlis Anugerah Kereta Terbaik Autoworld 2012.

Kereta Chevrolet Captiva turbo-diesel itu diiktiraf bagi nilai lebih baik dalam beberapa faktor seperti ruang dalaman, spesifikasi enjin dan pemacuan, ciri-ciri keselamatan, penetapan harga dan nilai bagi wang keseluruhan.
Ilham dari Eropah


Anugerah baru itu adalah lanjutan kepada kemenangan baru-baru ini, yang dicatatkan bagi SUV/Crossover Terbaik pada Majlis Anugerah Kereta Terbaik Autoworld Shell V-Power 2011, kerana gaya dan dinamik pemanduan yang menarik yang diilhamkan dari Eropah.

“Sejak beberapa tahun lalu, rupa bentuk canggih Captiva, yang disatukan dengan ketangkasan, keselesaan, keselamatan dan prestasi yang lebih baik, mendapat perhatian rakyat Malaysia yang memilih gaya dan kemewahan SUV untuk keluarga moden,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama Kumpulan syarikat NAZA, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dalam satu kenyataan.

NAZA Quest Sdn Bhd, pengimport dan pengedar Chevrolet di Malaysia, melancarkan kereta versi Captiva petrol yang dikemaskinikan pada Ogos 2011 dan variasi turbo-diesel pada Mei 2012.

SUV paling laris
Kenderaan sports utiliti (SUV) itu pertama kali diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2007 dan dipertingkatkan sebagai SUV premium paling laris di pasaran.

Model Captiva ditetapkan pada harga RM158,888 bagi variasi petrol dan RM165,888 bagi variasi diesel. Ia ada di bilik pameran Chevrolet di seluruh negara.
0 Komentar untuk "Chevrolet Captiva menang anugerah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top