Info Putra Heights 2016

Buat pertama kali wanita dalam Majlis Shura Arab Saudi

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengucapkan tahniah kepada rakyat dan kerajaan Arab Saudi atas pelantikan 30 wanita dalam Majlis Shura, yang sekaligus menunjukkan sokongan Raja Abdullah Ibn Abdulaziz terhadap isu wanita di Arab Saudi.
 
"Penyertaan wanita dalam Majlis Shura itu merupakan sejarah dalam kemajuan kedudukan wanita, bukan hanya di peringkat nasional tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa," kata jurucakap OIC dalam kenyataan hari ini.
 
Pada 11 Januari, Raja Abdullah mengumumkan wanita boleh menjadi anggota Majlis Shura yang sebelum ini kesemua anggotanya adalah lelaki.
Dekri meminda dua artikel dalam undang-undang statut majlis itu - pengenalan 20 peratus kuota wanita dalam 150 anggota Majlis Shura, dan membenarkan 30 wanita menyertai persidangan perundingan.
Persidangan itu, yang anggotanya dilantik oleh raja, bertindak sebagai badan penasihat rasmi Arab Saudi. Ia boleh mencadangkan rangka undang-undang yang akan dibentang kepada raja. - BERNAMA

0 Komentar untuk "Buat pertama kali wanita dalam Majlis Shura Arab Saudi"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top