Info Putra Heights 2016

Belum bermula, MJHL 2013 sudah kecoh

Kuala Lumpur: Belum mula sudah kecoh! Itu yang boleh digambarkan dengan pembukaan musim baru Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2013 apabila terdapat sedikit kekecohan dan perbezaan pendapat mengenai jadual perlawanan pada 11 Januari ini.

Dalam mesyuarat bersama wakil pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam, wujud rasa tidak puas hati mengenai perlawanan awal pasukan juara bertahan Divisyen 1, SSTMI-Thunderbolt dan BJSS - yang bakal menimbulkan masalah di masa akan datang.
Ini kerana, SSTMI mempunyai dua pasukan dalam divisyen 1 iaitu - SSTMI Thunderbolt serta SSTMI Jr dan sepatutnya mengikut tradisi - pasukan abang dan adik perlu bertemu awal bagi mengelak keputusan perlawanan yang boleh dirancang.


Akhirnya, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meminda jadual perlawanan kepada 10 Januari membabitkan perlawanan awal antara SSTMI-Thunderbolt dan SSTMI Jr di Bukit Jalil.

"Kita terpaksa merombak semula jadual perlawanan awal selepas mendapat persetujuan semua pihak. Namun ia tidak mengganggu perlawanan lain," kata Setiausaha Agung MHC, Mohd Johari Abd Aziz, semalam.
0 Komentar untuk "Belum bermula, MJHL 2013 sudah kecoh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top