Info Putra Heights 2016

Bapa mahu nama anak didedahkan

LONDON/NEW DELHI 6 Jan. - Akhbar-akhbar Britain mendedahkan nama pelajar perubatan yang mati akibat dirogol dan diseksa di New Delhi selepas mendapat kebenaran bapa mangsa.
Akhbar Sunday Mirror mendedahkan nama mangsa rogol tersebut sebagai Jyoti Singh Pandey selepas bapanya, Badri, 53, memberi kebenaran.Terdahulu, Badri mahu nama anaknya itu didedahkan bagi menjadikannya sebagai inspirasi kepada mangsa serangan seksual yang lain.
 
Beliau berkata, keluarganya mahu dunia mengetahui nama sebenar mangsa kejadian itu.
Anak perempuan saya tidak bersalah, dia mati ketika mempertahankan dirinya.
Saya berbangga dengannya. Pendedahan namanya akan memberi keberanian kepada wanita lain untuk menghadapi serangan seumpama ini. Mereka akan mendapat kekuatan daripada anak saya, katanya dalam temu bual dengan akhbar Britain, Sunday People.
 
Gadis berumur 23 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada 28 Disember lalu akibat kecederaan selepas dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi dua minggu sebelum itu.
Undang-undang India menghalang nama mangsa jenayah seks didedahkan bertujuan melindungi mangsa kerana pandangan negatif terhadap mangsa sangat teruk di negara ini.
Badri memberitahu Reuters bahawa dia tidak membantah jika media menggunakan nama anaknya.
Gesaan semakin meningkat di India supaya nama mangsa didedahkan termasuk daripada ahli politik, Shashi Tharoor yang mempersoalkan kewajaran menyembunyikan nama mangsa serta mencadangkan rang undang-undang baru berhubung kes rogol. - AGENSI/REUTERS

0 Komentar untuk "Bapa mahu nama anak didedahkan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top