Info Putra Heights 2016

Aktivis internet AS gantung diri

New York: Aktivis internet dan pakar komputer Amerika Syarikat, Aaron Swartz, membunuh diri pada usia 26 tahun.

Swartz menggantung diri dan diumumkan mati lewat kelmarin, kata jurucakap pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan, Ellen Borakove.
Swartz yang berkempen supaya orang ramai diberi akses percuma web bakal dibicarakan beberapa minggu lagi atas tuduhan mencuri berjuta-juta artikel saintifik dan sastera daripada perkhidmatan untuk tempahan saja, JSTOR.


Hukuman penjara 35 tahun

Beliau menghadapi hukuman penjara 35 tahun dan denda AS$1 juta (RM3 juta) jika didapati bersalah selepas ditahan pada 2011.

Swartz menghadapi tuduhan melakukan penipuan komputer berhubung artikel JSTOR selain jurnal di arkid digital Institut Teknologi Massachusetts.

JSTOR sendiri tidak menyaman Swartz yang dibebaskan selepas ikat jamin sementara menunggu perbicaraan.
Swartz adalah pengasas bersama sistem RSS 1.0 yang diusahakannya sejak berusia 14 tahun, menurut artikel blog rakannya yang juga penulis sains fiksyen, Cory Doctorow. - REUTERS
0 Komentar untuk "Aktivis internet AS gantung diri"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top