Info Putra Heights 2016

SPR adakan simulasi penggunaan dakwat kekal

SHAH ALAM — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan simulasi penggunaan dakwat kekal bagi pemimpin parti-parti politik di Selangor.
Pengarah Pilihan Raya Negeri Selangor, Dzulkifli Ab. Rahman berkata, simulasi itu bertujuan memberi gambaran sebenar mengenai penggunaan dakwat tersebut pada pilihan raya umum kali ini.
 
"Proses ini memberikan kesempatan kepada pemimpin parti politik untuk melihat sendiri beberapa kemungkinan yang timbul berikutan penggunaan dakwat kekal untuk proses pengundian kelak," katanya pada majlis taklimat simulasi yang disampaikan Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah di sini hari ini.
Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Mereka yang akan mengundi terlebih dahulu akan dicalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri. — BERNAMA
0 Komentar untuk "SPR adakan simulasi penggunaan dakwat kekal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top