Info Putra Heights 2016

Shahril tekad julang Piala AFF bersama Singa

KAPTEN Singapura, Shahril Ishak sudah menikmati banyak kejayaan sepanjang kariernya, tetapi penjaring terbanyak pada saingan Piala AFF setakat ini tetap bertekad mahu menjulang piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara itu buat kali ketiga.
Penyerang berusia 28 tahun itu yang menyinar pada saingan peringkat kumpulan, meledak empat gol untuk muncul penjaring terbanyak dan bakal mengetuai pasukannya pada pertembungan separuh akhir pertama bertemu Filipina.

Selepas menikmati kejayaan meledak banyak gol pada saingan Liga Super yang menyaksikan dia muncul penjaring terbanyak untuk LionsXII dengan 10 gol dengan tiga di saingan Piala Malaysia, dia kini menjadi watak cukup penting bagi ketua jurulatih, Radojko Avramovic.
0 Komentar untuk "Shahril tekad julang Piala AFF bersama Singa "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top