Info Putra Heights 2016

PR1MA - PR1MA bina 8,000 unit rumah

JOHOR BAHRU – Sejumlah 8,000 unit rumah mampu milik akan dibangunkan menerusi Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Johor Bahru bagi menampung permintaan yang tinggi daripada kumpulan berpendapatan sederhana di negeri berkenaan.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, pihaknya sedang menilai kesesuaian tanah bagi tujuan berkenaan dan lokasi yang telah dikenal pasti terletak di Larkin, Tampoi, Kulaijaya, Plentong dan Pasir Gudang.
 
"PR1MA juga akan berunding dengan pemaju swasta untuk melihat sama ada mereka boleh menyediakan rumah mampu milik dalam projek masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pendaftaran PR1MA bagi pembangunan Nusantara Prima di Nusajaya di sini semalam.
0 Komentar untuk "PR1MA - PR1MA bina 8,000 unit rumah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top