Info Putra Heights 2016

Piala AFF - Ultras Malaya ekor Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Meskipun tiada Curva 1Q, sorakan kira-kira 300 komrad Ultras Malaya akan tetap bergema buat menyuntik tenaga tambahan bagi pemain Malaysia di tengah padang Stadium Supachalasai, Bangkok, malam esok.

Penyokong setia Harimau Malaya itu akan muncul di stadium berkenaan bagi memberi perangsang kepada skuad negara pada aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF menentang Thailand.
Wakil kumpulan itu, Redzuan Ahmad, berkata beberapa bas yang membawa penyokong Ultras Malaya akan bertolak dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada awal pagi ini, selain negeri di Utara tanah air.


Selain itu, katanya, ada penyokong yang menaiki kereta api dan penerbangan terus ke Thailand pada hari perlawanan esok.

"Kami akan memberi bentuk sokongan seperti biasa dengan melakukan chant (laungan lagu patriotik) sambil mengibarkan panji membangkitkan semangat juang barisan pemain beraksi di padang.

"Sorakan selama 90 minit perlawanan pasti berkumandang di Stadium Supachalasai meskipun kami tiada Curva 1Q seperti di SNBJ.

"Kami tidak akan pernah gerun walaupun dikepung sorakan pasukan Siam," katanya dikenali sebagai Capo (ketua) dalam Ultras Malaya kepada BH, semalam.
0 Komentar untuk "Piala AFF - Ultras Malaya ekor Harimau Malaya"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top