Info Putra Heights 2016

Petrol Infiniti Advanced2X terbaik

PENGGUNAAN aditif hasil teknologi Jerman menjadikan petrol premium terbaru keluaran Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menerusi Infiniti Advanced2X, terbaik.
Aditif berprestasi tinggi itu memberi kelebihan kepada petrol Infiniti Advanced2X RON95 dan RON97 sekali gus mampu memberi jarak dan kuasa tambahan kepada kenderaan.
Pengarah Urusannya, Tan Kim Thiam berkata, Infiniti Advanced2X menawarkan prestasi pemanduan terasa berbeza dan lebih lancar selepas menggunakan aditif Jerman itu.

Beliau berkata, pengguna kenderaan pelu men�cubanya untuk merasakan perbezaan petrol terbaru itu.

"Sejak dilancarkan, maklum balas yang diterima amat memberangsangkan malah ada yang dulunya menggunakan petrol jenama lain, kini beralih kepada BHPetrol.

"Kami komited memberikan petrol berkualiti bagi memastikan pemandu mendapat prestasi terbaik dan penjimatan daripada kenderaan mereka," katanya.

Infiniti Advanced2X terbaru terdapat dalam dua jenis iaitu RON95 dan RON97, dijual di semua stesen BHPetrol bermula 16 Oktober lalu.

Tan berkata, bahan api biasa akan meninggalkan deposit karbon di dalam hos pemancit, injap masuk dan kebuk pembakaran sekali gus melemahkan prestasi enjin sehingga menyebabkan kehilangan kuasa.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, Infiniti Advanced2X terbaru mempunyai agen pencuci deposit yang kuat untuk membersih enjin dan mengekalkan kuasa serta jarak perjalanan.

"Ia juga diperkuat dengan ejen pengurangan geseran untuk penjimatan perjalanan yang berterusan serta memiliki kadar kekuatan dua kali ganda untuk impak maksimum.

"Justeru, tunggu apa lagi, anda patut mencuba petrol premium terbaru ini dan jangan sampai anda menjadi orang terakhir yang menyesal kerana lambat menggunakan petrol terbaru ini," katanya.
0 Komentar untuk "Petrol Infiniti Advanced2X terbaik"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top