Info Putra Heights 2016

KWSP: Semakin ramai pilih pengeluaran fleksibel

KUALA LUMPUR - Jumlah anggota Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memilih pengeluaran fleksibel selepas mencapai umur 55 tahun meningkat hasil kemajuan pesat sosio ekonomi negara yang membawa kepada persekitaran yang lebih baik dan kesejahteraan kepada rakyat.
   
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata pada suku ketiga tahun ini, jumlah anggota yang memilih pengeluaran fleksibel naik kepada 35,859 pemohon pada 27,334 pemohon dalam tempoh yang sama 2011, yang menyaksikan kenaikan 31.19 peratus.
   
"Perkembangan pesat sosio ekonomi Malaysia pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memberikan kesejahteraan kepada rakyat dengan jangka hayat kini mencecah 75 tahun. Hasilnya, anggota sekarang lebih cenderung melanjutkan tempoh simpanan persaraan untuk lebih lama bagi mengharungi persaraan mereka dengan selesa," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
   
Beliau berkata kerana semakin ramai anggota memilih pengeluaran secara fleksibel, jumlah permohonan yang diluluskan untuk Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun hanya meningkat 10.57 peratus, daripada 35,450 pada suku sama 2011 manakala jumlah simpanan yang dikeluarkan meningkat 16.18 peratus kepada RM1.69 bilion berbanding RM1.46 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.   
   
Azlan berkata jumlah keseluruhan permohonan pengeluaran yang diluluskan meningkat 8.48 peratus kepada 473,692 berbanding 436,647 pada tempoh yang sama 2011.
   
Sementara itu, jumlah pengeluaran simpanan meningkat daripada RM7.46 bilion pada suku ketiga 2011 kepada RM8.45 bilion pada suku ketiga 2012, bertambah 13.30 peratus.
   
Beliau berkata antara pengeluaran utama sepanjang suku tahun ini ialah pengeluaran fleksibel umur 55 Tahun yang mencatatkan kenaikan 33.30 peratus kepada RM1.34 bilion berbanding RM1.01 bilion pada suku sama 2011.
   
Azlan berkata semasa suku berkenaan, jumlah anggota KWSP meningkat kepada 13.42 juta, naik 3.09 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2011 manakala bilangan majikan berdaftar turut naik daripada 485,05, yang mencerminkan pertumbuhan 3.11 peratus.
   
Sementara itu, Azlan berkata laman web rasmi KWSP, myEPF, sekali lagi mencipta kejayaan apabila dianugerahkan penarafan Lima-Bintang untuk kali kedua serta memperbaiki ranking dari No. 10 pada tahun lepas ke No. 5 pada 2012 oleh Penilaian Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia (MGPWA).
   
"Pengiktirafan tersebut membuktikan usaha KWSP adalah sejajar dengan objektif Kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik secara berterusan dengan memoden dan  membuat pembaharuan terhadap sektor awam. KWSP amat berbangga kerana mempunyai ciri-ciri bertaraf global dalam penanda aras MGPWA," kata beliau.
   
Semasa suku dalam kajian, laman web myEPF menarik 1.46 juta pelawat berbanding 1.36 juta pada suku ketiga 2011, naik tujuh peratus.
  
Penggunaan Kios KWSP yang menjimatkan masa untuk mendapatkan penyata akaun anggota meningkat 29 peratus daripada 1.42 juta pada suku keriga 2011 kepada 1.83 juta semasa suku dalam kajian.
   
Penilaian terhadap 795 laman web kerajaan untuk MGPWA 2012 dibuat berdasarkan kepada lima kriteria utama - kandungan, kebolehgunaan, keselamatan, penyertaan dan perkhidmatan.
   
MGPWA yang memasuki tahun ketujuh sejak diperkenalkan pada 2005, dilaksanakan untuk membantu agensi-agensi Kerajaan menyediakan maklumat dan perkhidmatan kepada pengguna menerusi portal dan laman web selain daripada menggunakan saluran sedia ada.  - Bernama
0 Komentar untuk "KWSP: Semakin ramai pilih pengeluaran fleksibel"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top