Info Putra Heights 2016

Kamera AES disembur cat

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sejak diperkenalkan empat bulan lalu, kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 301.7, Lebuh Raya UtaraSelatan berdekatan Plaza Tol Kajang dekat sini memberikan kesan positif apabila tiada kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan pemerhatian kamera tersebut.
 
Bagaimanapun, kesan positif itu tidak dipedulikan segelintir pihak apabila ada antara mereka yang sanggup bertindak menyembur cat untuk tujuan sabotaj.
 
Cat berwarna merah dikesan disembur pada permukaan hadapan dan alat pancaran kamera AES di lokasi itu awal pagi ini. Tindakan itu bertujuan untuk menghalang teknologi itu daripada mengesan kelajuan pengguna di lebuh raya itu.
0 Komentar untuk "Kamera AES disembur cat"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top