Info Putra Heights 2016

Hospital Shah Alam beroperasi tahun depan

SHAH ALAM — Bangunan utama Hospital Shah Alam di Seksyen 7 di sini telah siap sepenuhnya dan dijangka boleh beroperasi pada Oktober tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, pada masa ini kerja-kerja menyiapkan kuarters serta aspek teknikal dan mekanikal pada bangunan hospital sedang dijalankan.
Bagi memastikan hospital itu dapat siap dan beroperasi sepenuhnya mengikut tarikh yang ditetapkan, kementerian menghantar satu pasukan khas bagi membantu kontraktor, katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu, hari ini.
 
Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011.
Namun, projek itu tergendala selepas kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.
Mengulas lanjut, Shaziman berkata, kerja pembinaan dijalankan oleh kira-kira 750 pekerja.
Dalam pada itu, Shaziman berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan semua projek hospital dan klinik kesihatan yang dalam pembinaan di bawah kendalian agensi itu akan disiapkan mengikut jadual. —BERNAMA
0 Komentar untuk "Hospital Shah Alam beroperasi tahun depan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top