Info Putra Heights 2016

Fatah setuju sertai sambutan ulang tahun ke-25 Hamas

GAZA CITY - Fatah dipercayai akan menyertai sambutan ulang tahun ke-25 Hamas di Semenanjung Gaza sebagai tanda memulihkan hubungan kedua-dua puak Palestin yang bersaing itu.

Sambutan itu diadakan susulan kembalinya pemimpin Hamas dalam bungan, Khaled Meshal, 56, buat kali pertama semalam.

Khaled yang lahir di Tebing Barat meninggalkan wilayah Palestin pada 1967 apabila ia ditawan oleh Israel.

Menurut Jerusalem Post, majlis sambutan akan diadakan hari ini.

"Tidak ada sebab kita tidak boleh menyertai perayaan saudara Hamas kami," kata pegawai kanan Fatah, Yehya Rabah.

"Ini juga merupakan satu langkah positif untuk mencapai perdamaian," ujarnya lagi.

Para jemputan melihat sambutan diadakan bagi meraikan kemenangan rakyat Palestin menentang Israel.

Ramai yang menangis gembira ketika menyambut ketibaan Khaled semalam.

Khaled turut menyifatkan kepulangannya semalam sebagai "kelahiran ketiga."

Hamas juga merupakan sebuah cabang Ikhwanul Muslimin yang berjaya membuat rampasan kuasa di Gaza pada tahun 2007.
0 Komentar untuk "Fatah setuju sertai sambutan ulang tahun ke-25 Hamas"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top