Info Putra Heights 2016

DiGi buka tempahan online iPhone 5

DIGI Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) mula menawarkan pelan bagi iPhone 5 pada harga RM2,012 serta buat kali kedua menawarkan peranti berkenaan secara dalam talian.
Ketua Internet dan Perkhidmatannya, Praveen Rajan berkata, peranti berkenaan memang dinantikan dan ini adalah kali kedua DiGi membuka tempahan secara dalam talian bagi mengelakkan pembeli beratur panjang untuk mendapatkan telefon pintar itu.

"Malah, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam masa tiga hari daripada tarikh pembelian dibuat," katanya selepas pelancaran kempen berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, DiGi menawarkan iPhone 5 mulai semalam dan mula menerima tempahan dalam talian sejak 7 Disember lalu.

Ia turut ditawarkan secara pelan prabayar melalui rakan niaga DiGi iaitu Courts dan Senheng Electric.

Antara kelebihan yang dapat dinikmati pelanggan DiGi adalah kadar komitmen bulanan serendah RM60 dengan tiada caj tambahan sekiranya melebihi kuota.
iPhone 5 peranti paling nipis dan ringan yang ditawarkan Apple dengan paparan Retina 4-inci. Ia didatangkan dengan iOS 6, sistem operasi terkini yang menawarkan lebih 200 ciri baru.
0 Komentar untuk "DiGi buka tempahan online iPhone 5"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top