Info Putra Heights 2016

AES - Selangor tidak bertanggungjawab kata Menteri Pengangkutan

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) menyifatkan kerajaan Selangor sebagai kerajaan negeri yang tidak bertanggungjawab kerana tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya.
Katanya, tindakan kerajaan Selangor mahu mencabut atau menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) itu juga hanya untuk mencari publisiti murahan dan memancing undi.
 
"Saya katakan mereka kerajaan negeri yang sangat tidak bertanggungjawab terutama (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor) Ronnie Liu yang mendapat publisiti murahan setiap hari.
"Di Selangor, 1,070 orang mati dalam kemalangan jalan raya tahun lepas.
"Ada Ronnie Liu ucap takziah kepada keluarga mangsa? Dia tidak hirau langsung," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Cho Ha berkata, jika benar mereka kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, mereka sepatutnya mengambil berat terhadap mangsa yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
 
Beliau diminta mengulas kenyataan Liu yang dilapor mahu mencabut dua kamera AES minggu ini iaitu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (NKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
Cho Ha juga membidas tindakan Liu yang mengeluarkan kenyataan berbeza setiap hari semata-mata mahu mendapat liputan khususnya menerusi media berbahasa Cina.
"Dahulu kata hendak cabut AES, sekarang hendak tutup pula. Buatlah keputusan," katanya. - Bernama

0 Komentar untuk "AES - Selangor tidak bertanggungjawab kata Menteri Pengangkutan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top