Info Putra Heights 2016

AES - 27 pemandu gagal jelas saman AES dihadap ke mahkamah

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Walaupun sebanyak 914 pemandu diperintahkan hadir ke Mahkamah Trafik di sini hari ini berhubung kegagalan menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), hanya 27 pemandu yang tampil menghadapi tuduhan tersebut.
 
Daripada jumlah pemandu yang hadir itu, sebanyak 12 daripada mereka mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan denda RM300 oleh Majistret Noorshikin Sahat.
Kesemua mereka membayar denda tersebut.
 
Sementara lapan daripada pemandu terbabit mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Tujuh pemandu lagi dibebaskan dengan amaran selepas Noorashikin mempertimbangkan rayuan mereka yang antara lain menyatakan, bukan mereka yang memandu kereta terbabit ketika kesalahan itu dilakukan.
Mereka turut diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.
0 Komentar untuk "AES - 27 pemandu gagal jelas saman AES dihadap ke mahkamah"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top