Info Putra Heights 2016

6,249 guru naik pangkat, gred

KOTA BHARU — Seramai 6,249 guru cemerlang lepasan ijazah dan diploma dari seluruh Kelantan menerima kenaikan pangkat sempena pengumuman kerajaan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan pendidikan di kalangan warga pendidik di seluruh negara dalam Belanjawan 2013 baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang berkata, guru di bawah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu merupakan jumlah paling ramai menerima kenaikan pangkat itu iaitu 885 orang.
 
Peringkat kedua membabitkan seramai 387 guru yang menerima kenaikan pangkat itu diraikan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Chat, Wakaf Mek Zainab, di sini hari ini.
 
Sebelum ini seramai 498 guru menerima memo kenaikan pangkat itu pada majlis dan tempat yang sama.
"Mereka yang menerima memo itu terdiri daripada guru cemerlang daripada beberapa kategori gred DG32 kepada DG48 dari seluruh sekolah menengah di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan memo kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) itu.
Hussain berkata, langkah Kementerian Pelajaran menaikkan pangkat dan tangga gaji ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menangani masalah guru sebagaimana pembentangan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Ini adalah suatu penganugerahan kepada warga pendidik berdasarkan prestasi cemerlang mereka dalam perkhidmatan masing-masing," katanya. — BERNAMA
0 Komentar untuk "6,249 guru naik pangkat, gred"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top