Info Putra Heights 2016

Zlatan Ibrahimovic "mengamuk" ketika belasah England

STOCKHOLM: Zlatan Ibrahimovic menyumbatkan kesemua empat gol ketika Sweden meraikan pembukaan stadium nasional baru mereka sewaktu bangkit selepas ketinggalan untuk membelasah England 4-2 pada perlawanan persahabatan.

Kapten Sweden itu menjadi pemain pertama menjaringkan gol di Arena Friends dan kemudiannya menjaringkan tiga lagi gol dalam 15 minit terakhir selepas Danny Welbeck dan Steven Caulker berusaha meranapkan kejayaan tuan rumah.
Gol Ibrahimovic ternyata begitu berkualiti apabila membuat penyudah cantik diikuti sepakan volley dan sepakan percuma dari jarak 30 ela dan sepakan gunting pada jarak jauh dalam masa kecederaan membuatkan penonton berdiri memberikan tepukan.


"Kadangkala apabila dia berbuat begini ketika latihan atau perlawanan, anda tidak fikir ia boleh dilakukan," kata jurulatih Sweden, Erik Hamren. - AFP
0 Komentar untuk "Zlatan Ibrahimovic "mengamuk" ketika belasah England"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top