Info Putra Heights 2016

Wan Ji dipanggil polis dakwaan hina sultan

SHAH ALAM: Seorang penceramah bebas, Ustaz Wan Ji Wan Husein (gambar) dipanggil ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 hari ini untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan.

Menurut penyataan terkini dalam facebook, Wan Ji menulis, beliau dalam perjalanan ke Balai Polis Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengahari yang lalu.

"Dlm perjlnn ke balai polis shah alam, seksyen 9.. Dipanggil atas dakwaan hina sultan," tulis Wan Ji dalam facebooknya.

Sementara itu, beliau yang dihubungi Harakahdaily petang ini memberitahu telah disoal siasat hampir tiga jam iaitu dari 3.30petang hingga 6.30 petang.

Menurutnya, dia disiasat atas dakwaan menghina Sultan Selangor dalam satu posting di facebooknya pada bulan Oktober lalu.

Ianya didakwa berkaitan dengan isu kebebasan bersuara.

"Saya juga ada memberitahu pihak polis sebentar tadi bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor," katanya.

Beliau hadir ke balai polis berseorangan tanpa ditemani peguam.
0 Komentar untuk "Wan Ji dipanggil polis dakwaan hina sultan "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top