Info Putra Heights 2016

Profesor lancar sekolah cinta

Patna: Seorang profesor universiti dilaporkan mahu menubuh sebuah sekolah di negeri Bihar bagi mengajar soal cinta.

Profesor Hindi di Universiti Patna, Matuknath Chaudhary terkenal dengan panggilan Guru Cinta menyatakan rancangannya selepas dipecat kerana menyuarakan perasaan cinta kepada seorang pelajarnya. Profesor Chaudhary akan membuka sekolah pertama seumpama mengajar mata pelajaran cinta di kampungnya, Jayrampur, terletak di daerah Bhagalpur, Bihar.



Cinta abadi menyebabkan kita cuba menunjukkan rasa kasih sayang. Cinta juga bermakna pengorbanan, tiada tempat untuk mementingkan diri sendiri jika bercinta, kata Chaudhary, 58, kepada media.

Beliau menyifatkan bahawa cinta mempunyai dua unsur iaitu yang membawa kehancuran dan kreativiti. Beliau dipecat daripada jawatannya pada 2009 selepas hubungan sulit dengan seorang pelajar, Julie yang berusia separuh dari umurnya terbongkar

Chaudhary berkata, beliau lebih bimbangkan pendidikan yang tidak lengkap diterima pelajar di sekolah. Beliau diberikan semula jawatan di pusat pengajian itu selepas pemecatannya ditarik balik.
Pendidikan sekolah hanya mengajar pelajar mengenai dunia luar, ia tidak mengajar mereka mengenai pengetahuan dalaman. Perlu ada keseimbangan antara keduanya, katanya.

Profesor terbabit pernah mendapat perhatian pada 2010 pada pilihan raya Bihar apabila beliau bertanding sebagai calon bebas dengan janji untuk mewujudkan taman cinta di Patna di mana pasangan bercinta boleh bertemu.
Agensi
0 Komentar untuk "Profesor lancar sekolah cinta"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top