Info Putra Heights 2016

Peraduan Giant-Visa Meriah Raya 2012 anjuran Giant - Akauntan menang hadiah SUV RM80,000

PETALING JAYA - Dua orang akauntan muncul sebagai pemenang paling bertuah pada peraduan Giant-Visa Meriah Raya 2012 anjuran GCH Retail Malaysia Sdn. Bhd. (GCH) dengan Visa di sini semalam.
Hadiah utama iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Chery Tiggo 1.6M bernilai RM80,000 menjadi milik Woon Hui Koon, 55, yang merupakan akauntan bebas di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
 
Menurut Hui Koon, dia tidak menyangka dengan berbelanja menggunakan kad debit Visa miliknya ketika membeli-belah di Giant, dia berpeluang memandu pulang kereta kenderaan idaman.
"Saya menganggap kemenangan ini sebagai hadiah kesetiaan daripada Giant kepada saya sekeluarga yang sudah lama berhasrat membeli kenderaan bersaiz besar untuk kegunaan kami," katanya yang berasal dari Sentul, Kuala Lumpur.
0 Komentar untuk "Peraduan Giant-Visa Meriah Raya 2012 anjuran Giant - Akauntan menang hadiah SUV RM80,000"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top