Info Putra Heights 2016

Nissan bina kilang pemasangan kedua di Thailand

BANGKOK: Nissan semalam berkata, syarikat itu akan membelanjakan kira-kira AS$358 juta (RM1.1 bilion) untuk membina kilang kedua pemasangan keretanya di Thailand ketika ia memindahkan kilang pengeluarannya jauh dari ibu pejabat asal di Jepun.
Kilang baru di wilayah Samut Prakan itu akan dibina hampir dengan kilang Nissan sedia ada dekat Bangkok yang mempunyai pekerja seramai 6,000 orang. Kilang Nissan tidak terjejas akibat insiden banjir tahun lalu yang menjejaskan operasi kebanyakan firma Jepun di negara itu walaupun ia ditutup sementara ekoran kekurangan alat ganti.

Pengeluar kereta kedua terbesar di Jepun itu berkata, ia akan mengeluarkan 75,000 kenderaan di loji baru itu yang dijadual dibuka pada Ogos 2014. - BP
0 Komentar untuk "Nissan bina kilang pemasangan kedua di Thailand"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top