Info Putra Heights 2016

Nazmi Faiz tidak ambil SPM pada hari pertama

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, yang dijadual menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tidak berbuat demikian pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) hari ini.
   
Perkara itu disahkan Pengetua SSBJ Datuk Marina Chin.
   
Bagaimanapun, Marina enggan mengulas lanjut.
   
Usaha Bernama mendapatkan maklum balas daripada Mohd Nazmi Faiz berhubung ketidakhadirannya itu juga gagal.
   
Nazmi, yang kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, sepatutnya menduduki SPM pada November tahun lepas, namun menangguhkan hasrat itu bagi membantu skuad Harimau Muda menghadapi Sukan SEA Indonesia 2011.
   
Pengorbanan Mohd Nazmi Faiz berbaloi apabila skuad bawah 23 tahun negara berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan Indonesia pada temasya dwi-tahunan tersebut. - Bernama
0 Komentar untuk "Nazmi Faiz tidak ambil SPM pada hari pertama"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top