Info Putra Heights 2016

NATO terima permohonan Turki

BRUSSELS 22 Nov. - Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Anders Fogh Rasmussen berkata, pakatan itu telah menerima permohonan Turki untuk membekalkan peluru berpandu Patriot ke kawasan sempadan negara itu dengan Syria.
 
``Saya telah menerima sepucuk surat dari kerajaan Turki yang memohon penghantaran peluru berpandu Patriot.
``Penghantaran itu akan meningkatkan kemampuan pertahanan udara Turki bagi mempertahankan wilayahnya.
``Ia juga akan meredakan ketegangan krisis di sepanjang sempadan tenggara Turki, katanya dalam satu kenyataan, semalam. - AFP

0 Komentar untuk "NATO terima permohonan Turki"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top