Info Putra Heights 2016

Mahkamah tidak benar Talam guna nama Trinity

Kuala Lumpur: Talam Corporation Berhad (Talam) dilarang menggunakan nama Trinity menerusi penjenamaan semula menjadi Trinity Corporation Berhad.

Mahkamah Tinggi pada 26 September lalu membenarkan saman Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group), syarikat pemaju hartanah butik bersepadu berpangkalan di Puchong, berhubung penggunaan nama Trinity itu.
Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat, berkata pihaknya mengambil tindakan undang-undang terhadap Talam kerana penggunaan nama itu menimbulkan kekeliruan di kalangan umum.


Proses penstrukturan hutang Talam baru-baru ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelanggan, rakan niaga dan masyarakat.

Banyak pihak meminta kami menjelaskan isu ini kerana ramai menganggap syarikat kami ialah Talam Corporation Berhad.

Kekeliruan ini membuatkan perniagaan kami teruk terjejas, katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
0 Komentar untuk "Mahkamah tidak benar Talam guna nama Trinity"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top