Info Putra Heights 2016

Mahasiswa selar serangan Israel ke atas Palestin " Celaka Israel"

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) berhimpun di hadapan sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini, bagi membantah tindakan Israel menyerang penduduk Islam dan orang awam di Semenanjung Gaza.
 
Mereka berhimpun selama sejam mulai 3.30 petang dengan membawa kain rentang antaranya bertulis "celaka Israel" serta melaungkan "hancur Israel". Presiden Gamis Muhamad Azan Safar berkata badan itu akan mengadakan satu lagi perhimpunan untuk menghantar memorandum bantahan berhubung isu tersebut kepada Kedutaan Amerika dalam masa terdekat "Kita akan mengumpulkan seberapa ramai umat Islam untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.

Selain itu katanya, kepimpinan tertinggi Gamis juga akan bertemu dengan duta Mesir dan Turki bagi meminta kedua-dua kerajaan itu memberi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza

0 Komentar untuk "Mahasiswa selar serangan Israel ke atas Palestin " Celaka Israel""

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top