Info Putra Heights 2016

Laman web Israel digodam, 'anonymous' lancar perang siber

BAITULMUQADDIS - Israel mengumumkan yang mereka turut diserang melalui perang siber sejak serangan ke atas Gaza dilakukan Rabu oleh penggodam yang tidak diketahui nama mereka.
Kerajaan Israel turut mempercayai penggodam bertanggungjawab menggodam beberapa laman web dan kata laluan dengan memberi gelaran "Israel kejam dan keji terhadap rakyat Palestin".

Kerajaan Israel mula diserang perang siber dengan 44 juta penggodam yang tidak diketahu asal usul mereka.

"Perang sedang dilancarkan dalam tiga cara ketika ini. Pertama, perang secara fizikal, kedua melalui laman sosial dan yang ketiga ialah perang siber," kata Ketua Pegawai Informasi, Carmela Avner.
"Penyerang juga mula menyerang lama web kerajaan Israel secara berterusan dan kami sedang cuba mempertahankan sistem komputer kerajaan dari sebarang cubaan penggodam," katanya.

Bagaimanapun, pihak Israel berkata serangan melalui siber itu sebahagian besarnya tidak berjaya.
Manurut Reuters, hanya satu laman web yang berjaya digodam sepenuhnya dan gagal diakses selama 10 minit manakal laman web Israel yang lain tidak mempunyai sebarang masalah.
0 Komentar untuk "Laman web Israel digodam, 'anonymous' lancar perang siber"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top