Info Putra Heights 2016

Kelate.Net desak KAFA lepas Mat Yo

Kota Bharu: Selepas Kelab Penyokong Red Warriors mahu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melepaskan Norshahrul Idlan Talaha, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) turut membuat desakan sama, semalam.

Timbalan Presiden Kelate.Net, Mahizi Mahmood, berkata pihaknya rela melepaskan Mat Yo kerana kejayaan The Red Warriors menjulang kejuaraan hatrik Liga Malaysia (Liga M) musim ini bukan bergantung kepada seorang individu, sebaliknya hasil kerjasama berpasukan.
"Kelantan mempunyai ramai bakat baru hingga ada yang menabur bakti dengan skuad Harimau Muda. Jadi, bila lagi Kelantan hendak cuba pemain baru dan bila tiada Mat Yo nanti sudah tentu muncul ramai bintang yang berupaya mengambil alih tugasnya," katanya.

Mahizi bagaimanapun menasihatkan Mat Yo supaya berbincang secara baik dengan KAFA bagi menyelesaikan kemelut perpindahannya ke Johor.

"Kalau Mat Yo datang dulu ikut pintu depan, biarlah pemergiannya kali ini, juga ikut pintu depan.

"Sebenarnya, ramai yang masih sayang Mat Yo dan jasanya besar tetapi kita harap perginya nanti dengan sanjungan dan bukan cemuhan," katanya.

0 Komentar untuk "Kelate.Net desak KAFA lepas Mat Yo"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top